top of page


#KURUS BE MORE

“ Saya sering bercita-cita untuk kuruskan badan. Saya amalkan diet, mula bersenam dan bermacam lagi. Walaupun perit tapi saya redah jugak. "

Azam dan cita cita untuk kurus adalah merupakan impian semua wanita. Diet, senaman haruslah berjalan seiring bersama. Disini saya ingin berkongsi tips untuk menurunkan berat badan. Usaha perlu ada dalam diri tau dan yang penting jangan putus asa ya!
​
​
1. NIAT
Kepada mereka yang ingin kurus, niat merupakan perkara yang asas dan penting sebelum memulakan diet. Tanpa niat, masa diet seseorang itu akan ditangguhkan dari hari ke hari. Dan semestinya diet itu tidak akan menjadi dengan lancar. Niat tu penting tau!
​
2. DIET PEMAKANAN
Tentukan diet pemakanan anda, di blog ini juga ada panduan jenis jenis diet yang berksean boleh anda ikuti. Ada sesetengah orang yang tidak mampu diet tanpa nasi, orang melayu tulen dikatakan. Ada yang mampu diet buah buahan dan sayuran serta berpuasa. Ikut kepada cara diet anda juga boleh turunkan berat badan.
​
3. SENAMAN
Senaman adalah kunci untuk turunkan berat badan dengan cepat. Dengan senaman ini, lemak dalam badan dapat terbakar dengan senang. Tiada masa untuk ke gym? Jangan risau! Di rumah juga boleh bersenam lagi seronok jika mengajak seisi keluarga bersenam bersama . Masa bersenam juga tidak perlu lama, hanya 30minit sahaja dan dilakukan rutin setiap hujung minggu atau masa lapang.
​
4. BERZUMBA
Berzumba merupakan salah satu faktor lemak terbakar. Jika bersenam dan berzumba dapat dilakukan dalam setiap minggu itu lebih cepat lemak di badan terbakar. Bukan sahaja berzumba, malah banyak cara lain untuk kekal aktif pada masa kini yang dipraktikkan.
​
5. BERSUKAN
Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus.
​
6. JAUHI MAKANAN/MINUMAN YANG TIDAK SEPATUTNYA DIMAKAN
Elakkan kalori daripada minuman dan makanan. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Perbanyakkan minum air suam dan mineral.
​
​
​
​
bottom of page